Oleh:
Al-Fadhil Ustaz Dr. Sarip bin Adul
YDP ISMA Kota Kinabalu
Bismillahirrahmanirrahim.
Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita gempa bumi yang melanda daerah Ranau dan mengakibatkan beberapa kawasan lain turut merasai tempiasnya. Gempa bumi dengan magnitude 5.9 skala Richter itu merupakan yang paling kuat pernah berlaku dalam sejarah negeri Sabah, dengan menyebabkan kemalangan jiwa dan kerosakan infrastruktur di kawasan yang terlibat.
Ada orang bertanya, betulkah ada kaitan di antara peristiwa pelancong berbogel di puncak gunung dengan gempa yang berlaku?
Islam menghormati logik akal dan bukti saintifik. Islam tidak menolak hakikat bahawa apa yang berlaku terhasil daripada pergerakan kerak bumi seperti fenomena biasa gempa bumi yang berlaku di mana-mana.Tetapi bagi orang yang beriman, mereka yakin bahawa yang menggerakkan kerak bumi bahkan seluruh pergerakan alam semesta adalah Allah SWT Maha Pencipta yang menguasai segala sesuatu. Tidak bergerak sesuatu kecuali dengan izin-Nya. Adapun kemungkaran yang berlaku di mana-mana, di atas mahupun di bawah gunung, di daratan mahupun di lautan,
Allah SWT telah memberi amaran dalam Al-Quran:
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِDan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.[Surah Al-Anfal: 25]
Apabila berlakunya balasan Allah, golongan yang zalim mahupun yang baik tidak akan terlepas kecuali mereka yang diselamatkan oleh Allah. Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam barisan orang yang membenci kemaksiatan dan berusaha mencegahnya dengan segala kemampuan yang ada. Amin.

No comments:
Post a Comment