Showing posts with label ISMA. Show all posts
Showing posts with label ISMA. Show all posts

KOTA KINABALU, 9 Mac: “Ukhwah adalah satu nikmat berharga daripada Allah. Tanpa ukhwah, pastinya sesebuah organisasi akan bergerak perlahan dan tidak mampu berkembang dengan baik. Atas sebab itulah kita berkumpul pada ijtimak kali ini supaya Allah tautkan hati-hati kita dengan ikatan aqidah seterusnya mewujudkan rasa kebersamaan dan ukhwah, kerana itulah sumber utama kekuatan kita,” ujar saudara Muhammad Nazri Ismail, wakil Jawatankuasa Cawangan (JKC) pada majlis pembukaan Ijtimak ISMA Kota Kinabalu yang telah diadakan, baru-baru ini.

Ijtimak ISMA Kota Kinabalu merupakan aktiviti berkala yang mengumpulkan seluruh ahli ISMA yang berada di Sabah. Ia dianjurkan buat julung kalinya pada 28 Februari yang lalu dan telah berjaya mengumpulkan hampir 100 orang ahli ISMA yang berada di seluruh pelusuk negeri Sabah.

“Tidak bersatu hati manusia walaupun seluruh isi dunia dikumpul, melainkan Allahlah yang menyatukan hati-hati mereka yang beriman. Kita boleh lihat orang-orang kafir seakan-akan bersatu, tetapi hakikatnya hati mereka berpecah belah,” ujar saudara Muhammad Nazri lagi.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah game ukhwah, sesi suai kenal dan nyanyian nasyid ‘Bingkai Kehidupan’ sebagai nasyid tema ijtimak. Program yang diadakan di Sepanggar itu berakhir tepat jam 10 pagi.

Semoga penganjuran ijtimak ini menjadi titik tolak untuk ISMA Kota Kinabalu terus bergerak maju, berbekalkan kekuatan aqidah dan ukhwah.


Read more »
Oleh: Wan Nurul Nadiah


KOTA KINABALU, 13 Feb: “Kami telah bersedia sejak awal tahun lalu dan tidak gentar untuk menghadapi pasukan-pasukan lain. Dengan kekuatan dalaman dan persediaan yang rapi, insyaAllah, kami yakin akan menjulang dan membawa pulang Piala Presiden ISMA ke Sabah,” ujar saudara Muhammad Nur bin Selamit, Pengurus Pasukan ISMA Sabah F.C, ketika ditemui baru-baru ini.

Pasukan ISMA Sabah F.C dianggotai oleh pemain yang telah dipilih dari seluruh negeri Sabah untuk beraksi di kejohanan bola sepak itu nanti. Antaranya pemain-pemain muda dan tidak kurang juga, pemain berpengalaman yang pernah menyertai beberapa kejohanan besar di Sabah.



Dengan slogan ‘Pantang Mundur, Terus Gol’, Muhammad Nur juga berkata, “Ketika ini, kami sedang giat menjalankan pelbagai latihan untuk meningkatkan lagi stamina. Kami juga merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan supaya semua pemain akan lebih bersemangat untuk memenangi setiap perlawanan.”

Piala Presiden ISMA merupakan kejohanan bola sepak yang julung kali diadakan dalam sejarah ISMA. Ia melibatkan cawangan-cawangan ISMA seluruh Malaysia dan akan berlangsung pada awal bulan Mac nanti di Seremban.


Bersama kita nantikan.
Istidi kau oto, manjari kau oto! (Steady saja kau, menjadi kau tu)
Read more »
KOTA KINABALU, 11 Feb: Seluruh warga ISMA Kota Kinabalu ingin mengucapkan sekalung tahniah buat saudara Hasnan Hamdan dan isteri, Amirah Mat Jamrin atas kelahiran cahaya mata sulung mereka, baru-baru ini. Mujahid yang diberi nama Ahmad Ammar itu telah dilahirkan di Hospital Kudat, Sabah pada 20 Januari yang lalu.

Turut diraikan, mujahid kepada pasangan Aliuddin Aziz dan Dg Arinah Ag Piut yang dilahirkan pada 24 Disember 2015. Mujahid yang diberi nama Abdurrahman itu adalah permata ke lapan mereka.

Kami mendoakan:
“Semoga Allah memberkahimu dalam anak yang diberikan kepadamu. Kamu pun bersyukur kepada Sang Pemberi, dan dia dapat mencapai kedewasaan, serta kamu dikurniai kebaikannya.”


Untuk makluman, kedua-dua pasangan adalah aktivis ISMA Kota Kinabalu dan merupakan anak jati bumi Borneo. Semoga permata-permata yang dilahirkan akan mengukuhkan bait muslim yang dibina dan terus menyinari dakwah di bumi Sabah ini.
Read more »
Oleh: Aliff Asyraf


BUKIT PADANG, 31 Jan – Karnival Lepasan Sekolah (KLS) Sabah bagi tahun 2016 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad yang lepas, bertempat di Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu (SMAKK). Program ini adalah anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Sabah dengan kerjasama PIBG Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu (SMAKK) dan juga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kota Kinabalu, dengan sokongan I-Guru dan I-Medik Sabah.

Program yang berlangsung selama satu hari ini telah disertai oleh 200 orang pelajar lepasan SPM dan STPM dari seluruh negeri Sabah. Antaranya pelajar SMK Tansau  Penampang, SMK Pekan Telipok, SMK Kinarut, SMK Pulau Gaya, SMK Kudat (2), SMKA Tun Said Kota Belud, SMK Kundasang, SM Islam Tambunan, SMK Lohan Ranau, SMK Sri Nangka Tuaran, SMK Badin Tuaran dan juga SM Sains Sabah.

Pengarah program, Dr. Aliff Asyraf berucap dalam majlis perasmian, “KLS adalah program mega anjuran KRIM dan turut dilaksanakan di cawangan-cawangan KRIM seluruh negara. Tujuan utama KLS ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang hala tuju kehidupan selepas tamat persekolahan dan juga sebagai pendedahan awal kehidupan sebagai seorang mahasiswa universiti. Selain itu, KLS juga adalah medium perkongsian pengalaman antara tokoh mahasiswa dan pelajar supaya mereka dapat mengekalkan kecemerlangan ketika di universiti nanti.”

Antara aktiviti yang dijalanakan adalah sesi motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Fahnan, pakar motivasi remaja dengan tajuk ‘Hala Tuju Selepas Sekolah’. Perkongsian selama 1 jam 30 minit ini banyak memberikan gambaran hala tuju hidup selepas sekolah dan motivasi untuk memanfaatkan dan merancang  masa cuti dengan sebaiknya sebelum melangkah ke IPT. Selain sesi motivasi, KRIM Sabah turut menjemput Puan Sabriah Maili, Ahli Jawatankuasa Majlis Guru Binbingan dan Kaunseling Sabah, Encik Mohd Redzuan, Pegawai Pelajaran dan Biasiswa Sabah dan Cik Puan Jumriati binti Abdullah,  Pengurus Aman Palestin Cawangan Sabah untuk menjelaskan tentang peluang-peluang pengajian dan kerjaya, cara untuk memohon biasiswa (khususnya biasiswa Yayasan Sabah) dan tips penampilan, pemakaian serta cara terbaik untuk menjawab soalan ketika sesi temuduga.


Aktiviti lain yang turut menarik minat peserta adalah sesi forum yang bertajuk ‘Survival Kampus’. Forum ini telah dikendalikan oleh Dr. Aliff Asyraf, Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Queen Elizabeth dan menampilkan beberapa orang tokoh mahasiswa seperti Cik Puan Waheedatul Husna, graduan dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang memperolehi Anugerah Thesis Terbaik Master UMS 2015 dan Ustaz Amin bin Ribbang, graduan Universiti Malaya (UM) dalam bidang pengajian Islam dengan Anugerah Kecemerlangan dan Tokoh Belia PEMBINA 2013. Forum ini turut menampilkan Ustaz Dr Sarip bin Adul, pensyarah Pusat Perantaraan & Bahasa (PPPIM) UMS dan pemegang phD Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Forum yang berlangsung selama dua jam ini banyak berkisar tentang nasihat dan perkongsian hidup di university, dalam dan luar negara serta persediaan fizikal, mental dan spiritual sebelum menjadi mahasiswa.

Majlis penutup dirasmikan oleh Pengetua Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu (SMAKK) sebagai sekolah tuan rumah. Dalam ucapannya, beliau gembira dengan program KLS yang memberikan seribu satu manfaat kepara para pelajar. Beliau berharap kerjasama antara pihak sekolah dengan KRIM Sabah dan ISMA Kota Kinabalu dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang.

Tahniah kepada para peserta KLS, ahli KRIM Sabah, barisan AJK, warga SMAKK dan semua yang terlibat. InshaAllah, kita berjumpa lagi dalam Karnival Lepasan SPM di masa akan datang!
Read more »




Kota Kinabalu, 12 November 2015 : Perlawanan Persahabatan Bola Sepak di antara Pasukan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kota Kinabalu dengan ISMA cawangan Sandakan telah diadakan pada 8 November yang lalu, bertempat di Padang Bola Yayasan Sabah, Kota Kinabalu. 

Program yang telah dianjurkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Sabah dengan kerjasama ISMA Kota Kinabalu dan ISMA Sandakan ini, merupakan program yang pertama kali diadakan di Sabah. 

Seramai 35 orang peserta lelaki dalam kalangan pelajar mahupun sudah bekerja telah berkumpul bagi merealisasikan objektif program ini iaitu berkonsepkan ibadah, robbaniyah dan ukhuwah kerana Allah. Selain itu, berlansung juga perasmian baju jersi pasukan bola sepak ISMA Sandakan oleh Yang Di Pertua ISMA Kota Kinabalu, Dr Sarip Bin Adul.

“Perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan ISMA Kota Kinabalu dan ISMA Sandakan adalah pertama kali diadakan di Sabah. Perlawanan ini bukanlah sekadar perlawanan bola sepak biasa, malah ianya merupakan salah satu medium untuk menjadikan ahli ISMA sentiasa dalam keadaan sihat dan cergas untuk menggerakkan program-program dakwah bersama masyarakat serta menjadi satu wasilah di dalam mengukuhkan iman dan tautan ukhuwah sesama muslim.” ujar Saudara Hazry Saimin, selaku Pengarah Program Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ISMA Kota Kinabalu Lawan ISMA Sandakan.

Perlawanan ini telah dimenangi oleh pasukan ISMA Sandakan dengan jaringan gol 7 berbalas 3 ke atas pasukan ISMA Kota Kinabalu. Program ini mendapat respon yang amat positif dari kalangan ikhwah dan diharapkan agar program seperti ini akan dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan untuk merapatkan hubungan persaudaraan sesuai dengan tema dan objektif yang telah digariskan.
Read more »
Oleh: Amirah Labibah


TAWAU, 25 Oktober: Menyedari masalah sosial yang kian meruncing, Persatuan Belia Nasional (PEMBINA) Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Tarbiah Sentap telah menganjurkan sebuah forum yang berjudul ‘Cinta Paling Agung’. Program yang berlangsung di Dewan Al-Hadanah Centre Tawau pada 24 Oktober lalu telah menampilkan Ahmad Adnin bin Roslan dan Ahmad Shukery Azizan sebagai panelis dan Muhd Hasbi Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Mr Bie sebagai moderator. Program ini telah mendapat sambutan hangat dan disertai oleh 109 orang belia dari daerah Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu dan Kota Kinabalu.

Forum ini telah dianjurkan untuk memberi kesedaran kepada belia masa kini tentang batas-batas sebenar pergaulan antara lelaki dan perempuan. Selain itu, belia juga harus sedar akan bahaya pergaulan bebas ke atas jati diri memandangkan belia adalah pemimpin negara pada masa akan datang. Dengan mengambil teladan dari kisah hidup Rasullullah SAW, belia seharusnya bijak mengambil jalan penyelesaian yang halal dan betul dalam menangani isu-isu sosial.

Ahmad Adnin yang merupakan pengasas page facebook Tarbiah Sentap telah berkata dalam ucapan aluannya, “Ramai orang dalam Malaysia melakukan maksiat tapi tidak tahu apa yang mereka lakukan itu salah dari segi syariat. Maka kami, Tarbiah Sentap mengambil inisiatif untuk melaksanakan tanggungjawab untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang Islam sebenar.”

Apabila disentuh tentang isu hiburan, saudara  Ahmad Shukery Azizan yang juga merupakan penulis buku ‘Cerpen Sentap’ telah menyatakan “Imam Hasan Al-Banna apabila sudah letih seharian berdakwah, pada malam harinya dia akan mengeluarkan Al-Quran lalu membacanya. Apabila ditanya oleh sahabatnya apakah beliau tidak letih. Jawabnya mudah sahaja, Al-Quran itu adalah hiburan baginya.”



Ramai peserta turut terhibur apabila forum turut diceriakan dengan nyanyian merdu dari moderator forum Mr Bie yang merupakan anak kelahiran Tawau sendiri. “Kami berharap agar urusetia akan menganjurkan program menarik seperti ini lagi,” ujar salah seorang peserta wanita pada majlis penutup.


Pengarah program juga merangkap ahli aktif PEMBINA Sabah, saudara Asnan bin Hamdin berkata, “PEMBINA Sabah akan terus komited dalam menjayakan program yang membina jatidiri dan mencungkil potensi sebenar dalam diri belia masa kini. Semoga program ini menjadi titik perubahan dalam kehidupan kearah yang lebih baik bagi setiap peserta yang terlibat.”
Read more »


KOTA KINABALU, 20 September: Warga ISMA Kota Kinabalu mengucapkan sekalung tahniah buat Ustaz Mahadir Amboala dan pasangannya, Dr Suraya Abdul Hamid yang telah selamat diijabkabulkan di Kampung Padang Lati, Kangar, Perlis pada 19 September yang lalu, bersamaan 5 Zulhijjah 1436H.

Ustaz Mahadir merupakan seorang guru di Sekolah Agama Sri Al Hafiz, Tuaran dan Dr Suraya pula bekerja di Hospital Sandakan sebagai Pegawai Perubatan Siswazah. Kedua-duanya adalah aktivis ISMA dan Pembina Kota Kinabalu.

Kami mendoakan:
Semoga Allah memberi berkah kepadamu, dan semoga Allah memberi berkah atasmu, dan semoga ia mengumpulkan kalian dalam kebaikan

Read more »



PUTATAN, 13 September: “Qawiyyul jismy ataupun sihat tubuh badan adalah salah satu aspek penting dalam membentuk remaja berkualiti harapan negara,” ujar Pengarah Program Fit n Fun 3, Cikgu Afshan bin Muhammad.

Fit n Fun 3 merupakan salah satu pakej daripada pakej keseluruhan program Akademi Kelab Remaja ISMA (ARK). Fit n Fun kali ini yang telah diadakan di Arena Juara Futsal, Putatan telah mempertandingkan dua sukan utama iaitu futsal dan bola jaring dan dimeriahkan dengan kehadiran 42 orang peserta.

Cikgu Afshan yang juga merupakan aktivis Kelab Remaja ISMA (KRIM) turut berkata, “Objektif program kali ini adalah untuk mengetengahkan bakat yang dimiliki oleh para peserta dan juga untuk memahamkan remaja pentingnya memiliki tubuh badan yang sihat. Selain itu, Fit n Fun 3 juga ingin memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan yang rata-ratanya dari sekolah yang berbeza.”

Sehingga kini, enam buah sekolah telah mengikuti program ARK anjuran KRIM Sabah iaitu SMK Pekan Telipok, SMK Tansau, SMKA Kota Kinabalu, SMKA Limauan, SMK Pulau Gaya dan SMK Nambayan.

Melihat kepada perkembangan yang positif ini, Yang Dipertua ISMA Kota Kinabalu, Ustaz Dr Sarip bin Adul berucap dalam majlis penutup, “ISMA meletakkan harapan yang tinggi kepada para peserta ARK agar mampu menjadi role model kepada remaja di luar sana. InsyaAllah kita akan terus mengadakan program sebegini untuk membentuk remaja berkualiti tunggak negara.”

Gambar sepanjang program berlangsung:







                                                                                      
Read more »


Oleh: Wan Nurul Nadiah

 
SANDAKAN, 31 OGOS 2015: Program Smart Solat merupakan program pertama anjuran Kelab Anak-Anak Islam Hebat Malaysia (NAZIM) syukbah Sandakan, Sabah. Program yang diadakan di Masjid Jannatun Na’im itu telah berjaya menarik kehadiran seramai 35 orang peserta yang berumur dalam lingkungan 6 tahun hingga 12 tahun.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut berlangsung. Antaranya ialah sesi belajar dan praktikal solat bersama fasilitator dan juga nyanyian lagu rukun solat. Selain itu, aktiviti kuiz smart solat turut diadakan bagi menceriakan program. 



Ustazah Aida Royana, AJK Masjid Jannatun Na’im ketika ditemui berkata, “Kami sangat berbesar hati atas kerjasama yang dijalankan dengan NAZIM. Saya berharap agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan kita cuba mencakupi golongan remaja pula.”

Pengarah program merangkap aktivis NAZIM Sabah, saudari Wan Nurul Nadiah, berucap ketika majlis penutup, “NAZIM sangat komited dalam membangunkan generasi beragenda. Atas sebab itulah kami mengadakan Kem Smart Solat ini supaya dapat memberi didikan awal kepada anak-anak untuk membentuk peribadi Muslim yang sempurna. Kami berharap agar semua peserta yang hadir dapat mempraktikkan apa yang dipelajari sekaligus melaksanakan rukun Islam yang disyariatkan.”
Read more »


KOTA KINABALU, 31 Ogos: Sempena bulan kemerdekaan tahun ini, Wanita ISMA Kota Kinabalu telah menyahut seruan untuk  melancarkan ‘Kempen Muliamu Wanita - Jauhi Zina’ di Sabah. Kempen ini telah disertai oleh hampir kesemua aktivis Wanita ISMA Kota Kinabalu dan diadakan di kawasan Putatan, Kota Kinabalu, Telipok dan juga Sandakan.

“Kempen ini merupakan langkah awal untuk mencegah zina terutamanya pada bulan kemerdekaan. Selain itu, kami adakan kempen ini untuk menyedarkan para wanita peri pentingnya memelihara maruah dan mempertahankan identiti sebagai wanita muslimah,” ujar Ustazah Sakinah Shaari, Ketua Wanita ISMA Kota Kinabalu ketika ditemui dalam majlis pelancaran kempen yang diadakan di Masjid Telipok pada 29 Ogos yang lalu. 

Aktiviti utama dalam kempen ini ialah pengedaran risalah ‘Jauhi Zina’ pada 23, 27 dan 29 Ogos 2015 yang lalu di kawasan-kawasan sekitar Sabah.  Selain itu, ceramah-ceramah ‘Jauhi Zina’ turut diadakan dan disampaikan oleh aktivis-aktivis ISMA yang bertauliah.



Ujar Ustazah Sakinah lagi, “Sasaran utama kami ialah golongan belia dan wanita terutamanya pasangan bercinta. Oleh sebab itu, kami telah mengedarkan risalah di kawasan tumpuan orang ramai seperti pusat beli belah dan juga kawasan sekolah. Alhamdulillah setakat ini, kami telah berjaya mengedarkan hampir 1000 keping risalah.” 

Semoga dengan program ini dapat membanteras dan mencegah berlakunya zina di kalangan masyarakat.

Read more »


KOTA KINABALU, 26 Ogos – Sekalung tahniah diucapkan buat YDP ISMA Kota Kinabalu, Dr. Ustaz Sarip bin Adul dan isteri, Hayati Barman atas kelahiran putera kedua mereka, semalam. Bayi seberat 3.6 kg ini telah selamat dilahirkan pada 25 Ogos 2015, tepat jam 10.04 malam di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Sabah.

Semoga kelahiran mujahid ini membawa rezeki kepada kedua ibu bapanya dan menjadi pewaris perjuangan Nabi SAW.

Seluruh warga ISMA Kota Kinabalu bersyukur atas kelahirannya dan mendoakan:


بَارَكَ اللَّهُ لَكُمْ فِي الـمَوْهُوبِ لَكُمْ وَشَكَرْتُمْ الوَاهِبَ، وبَلَغَ أشُدَّهُ، وَرُزِقْتُمْ بِرَّهُ
“Semoga Allah memberkati anda dengan kelahiran anak ini. Semoga anda bersyukur terhadap kurniaan Allah, mudah-mudahan anda dikurniakan kebaikan setelah ianya membesar.
Read more »