“Rasulullah SAW adalah manusia paling dermawan. Dan beliau lebih demawan ketika di bulan Ramadhan…” (HR. al-Tirmidzi dari Anas)
Sedang merancang untuk mencontohi Rasulullah dengan memperbanyakkan infaq tetapi tidak pasti di mana salurannya?
Usah khuatir! Kami disini untuk membantu anda.
KRIM Kota Kinabalu dengan kerjasama I-GURU dan I-MEDIK akan mengadakan program Ramadhan Outreach ke Hospital Likas pada 27 Jun 2015 bersamaan dengan 10 Ramadhan 1436H dan kami memerlukan sumbangan dari anda untuk menjayakannya.
Antara bentuk sumbangan yang diperlukan adalah:
1. Sukarelawan (pelajar sekolah menengah)
2. Wang tunai
3. Barang keperluan asas (sesuai untuk kanak-kanak)
4. Baju raya (saiz kanak-kanak)
Sila hubungi :
- Iffah Fadhilah : 011-32136560

No comments:
Post a Comment