KOTA KINABALU, 11 Feb: Seluruh warga ISMA Kota Kinabalu ingin mengucapkan sekalung tahniah buat saudara Hasnan Hamdan dan isteri, Amirah Mat Jamrin atas kelahiran cahaya mata sulung mereka, baru-baru ini. Mujahid yang diberi nama Ahmad Ammar itu telah dilahirkan di Hospital Kudat, Sabah pada 20 Januari yang lalu.
Turut diraikan, mujahid kepada pasangan Aliuddin Aziz dan Dg Arinah Ag Piut yang dilahirkan pada 24 Disember 2015. Mujahid yang diberi nama Abdurrahman itu adalah permata ke lapan mereka.
Kami mendoakan:
“Semoga Allah memberkahimu dalam anak yang diberikan kepadamu. Kamu pun bersyukur kepada Sang Pemberi, dan dia dapat mencapai kedewasaan, serta kamu dikurniai kebaikannya.”
Untuk makluman, kedua-dua pasangan adalah aktivis ISMA Kota Kinabalu dan merupakan anak jati bumi Borneo. Semoga permata-permata yang dilahirkan akan mengukuhkan bait muslim yang dibina dan terus menyinari dakwah di bumi Sabah ini.


No comments:
Post a Comment