TELIPOK, 16 Jun: Kelab Raudhatul Huffaz Cawangan Kota Kinabalu dengan kerjasama AJK Muslimah Masjid Telipok telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama ibu bapa pelajar, pada 13 Jun yang lalu,. Majlis tersebut diadakan bagi meningkatkan kualiti komunikasi dua hala serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara tenaga pengajar dan ibu bapa.
Dalam ucapan aluan yang disampaikan oleh Cik Yusniati binti Mesra, Pengurus Raudhatul Huffaz Cawangan Kota Kinabalu, beliau berkata, “Matlamat Raudhatul Huffaz ditubuhkan adalah untuk melahirkan anak-anak yang berjiwa besar serta mencintai, menjaga dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran. Hal ini kerana, anak-anak inilah yang akan mewarisi tampuk pimpinan negara pada masa hadapan dan kita mengharapkan mereka akan memimpin kita berlandaskan landasan syarak yang disebutkan dalam Al-Quran.”
Cik Yusniati juga telah memperkenalkan sebuah program baru di bawah kelolaan Raudhatul Huffaz iaitu i-Backyard Science yang akan diadakan bermula 20 Jun 2015 ini.
Semoga dengan penganjuran program-program seperti ini dapat melahirkan anak bangsa yang dapat meneruskan risalah perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Untuk maklumat lanjut tentang Raudhatul Huffaz Cawangan Kota Kinabalu, anda boleh menghubungi Cik Yusniati Mesra di talian: 0138984593.

No comments:
Post a Comment