Perlawanan Persahabatan ISMA Kota Kinabalu dan ISMA Sandakan





Kota Kinabalu, 12 November 2015 : Perlawanan Persahabatan Bola Sepak di antara Pasukan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kota Kinabalu dengan ISMA cawangan Sandakan telah diadakan pada 8 November yang lalu, bertempat di Padang Bola Yayasan Sabah, Kota Kinabalu. 

Program yang telah dianjurkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Sabah dengan kerjasama ISMA Kota Kinabalu dan ISMA Sandakan ini, merupakan program yang pertama kali diadakan di Sabah. 

Seramai 35 orang peserta lelaki dalam kalangan pelajar mahupun sudah bekerja telah berkumpul bagi merealisasikan objektif program ini iaitu berkonsepkan ibadah, robbaniyah dan ukhuwah kerana Allah. Selain itu, berlansung juga perasmian baju jersi pasukan bola sepak ISMA Sandakan oleh Yang Di Pertua ISMA Kota Kinabalu, Dr Sarip Bin Adul.

“Perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan ISMA Kota Kinabalu dan ISMA Sandakan adalah pertama kali diadakan di Sabah. Perlawanan ini bukanlah sekadar perlawanan bola sepak biasa, malah ianya merupakan salah satu medium untuk menjadikan ahli ISMA sentiasa dalam keadaan sihat dan cergas untuk menggerakkan program-program dakwah bersama masyarakat serta menjadi satu wasilah di dalam mengukuhkan iman dan tautan ukhuwah sesama muslim.” ujar Saudara Hazry Saimin, selaku Pengarah Program Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ISMA Kota Kinabalu Lawan ISMA Sandakan.

Perlawanan ini telah dimenangi oleh pasukan ISMA Sandakan dengan jaringan gol 7 berbalas 3 ke atas pasukan ISMA Kota Kinabalu. Program ini mendapat respon yang amat positif dari kalangan ikhwah dan diharapkan agar program seperti ini akan dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan untuk merapatkan hubungan persaudaraan sesuai dengan tema dan objektif yang telah digariskan.

No comments:

Post a Comment