Seminar Fiqh Wanita: Oh Kerjayaku, Oh Keluargaku!?




Kota Kinabalu, 16 Nov 2015: Seminar Fiqh Wanita yang bertemakan Oh Kerjayaku, Oh Keluargaku!? anjuran Wanita ISMA Kota Kinabalu dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Sabah telah berlangsung pada 15 November di Hotel Tabung Haji, Sembulan Sabah.


Program yang di sertai seramai lebih kurang 60 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti doktor, guru, pegawai akaun dan banyak lagi. Seminar Fiqh Wanita merupakan program yang dijalankan setahun dua kali ini bertujuan untuk mengupas tentang isu-isu kewanitaan dan permasalahan wanita. Seminar Fiqh Wanita kali ini membincangkan pandangan islam, cabaran dan permasalahan wanita yang bekerjaya dalam masa yang sama memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri.




Seminar Fiqh Wanita: Oh Kerjayaku, Oh Keluargaku!? terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi Ceramah “ Dengan Bismillah Aku Melangkah: Isu-isu Fiqh wanita Bekerjaya” telah di sampaikan oleh Ustaz Dr. Sarip Adul. Sesi forum pula telah di sampaikan oleh Puan Noorma Razali dan Ustazah Saadiah Saleh yang bertajuk “Oh Kerjayaku, Oh Keluargaku”. 



“Alhamdulillah kerana mendapat ilmu baru dan perkongsian pengalaman daripada para penceramah dan membantu wanita bekerjaya seperti saya.”, komen Puan Elifah, salah seorang peserta Seminar Fiqh Wanita.
Diharapkan agar program seperti ini dapat di anjurkan pada masa hadapan serta mengupas banyak lagi isu dan delima kaum wanita di samping melahirkan wanita yang berilmu. Tahniah kepada pihak penganjur!

No comments:

Post a Comment